Thursday, April 28, 2016

Bagaimana tercetusnya Idea Ferrucio Untuk Bina Lamborghini

Ferrucio pada asalnya adalah seorang petani yang membuat traktor jentera pembajak. Perniagaannya sangat berjaya dan beliau merupakan di antara ahli perniagaan yang paling kaya di Itali. Beliau seorang pemulik supercar dan kereta Ferrari merupakan salah satu daripadanya. Ferrari selalu menimbulkan masalah yang berterusan kepada beliau. Sebagai seorang mekanik, dia cuba untuk memperbaiki masalah tersebut dan mendapati bahawa Ferrari beliau mempunyai klac gear (gear clutch) yang sama seperti yang digunakan dalam salah satu daripada traktor beliau.

Wednesday, April 27, 2016

Siapa Pengasas HONDA sebenarnya

Nama pengasas Honda ialah Soichiro Honda. Beliau pada asalnya hanyalah seorang mekanik yang biasa di garaj. Tugasnya adalah untuk 'tune' kereta untuk persedian perlumbaan kereta. Honda diasaskan Tokai Seiki, iaitu syarikat perkilangan membuat 'piston ring' pada tahun 1937.
Syarikat ini kemudian mendapat kontrak untuk membekalkan piston ring kepada sebuah syarikat automobil yang terbesar pernah ditubuhkan di Jepun iaitu Toyota. Tetapi tidak lama kemudian, dia kehilangan kontrak kerana kualiti produk sangat rendah. 

Kereta Paling Mahal Di Dunia Yang Pernah Diljual

Inilah sebuah kereta yang dikatakan paling mahal yang dicatatkan dijual di dunia dalam sejarah permotoran kereta. Ia merupakan sebuah kereta 'homologated GT' (tiada had saiz enjin dan chasis) yang pernah dikeluarkan oleh Ferrari dari tahun 1962 hingga 1964 untuk acara FIA's Group 3 Grand Touring Car. 

Tuesday, April 26, 2016

Kereta paling pelik yang pernah dilelong di eBay

eBay menyediakan perkhidmatan jualan perniagaan ke-pengguna melalui internet. eBay yang beribu pejabat di San Jose, California telah diasaskan oleh Pierre Omidyar pada tahun 1995, dan menjadi bualan hangat dikalangan pelayar2 dot- com. 

Hari ini perniagaan yang bernilai berbilion dolar ini operasi di lebih 30 buah negaraseluruh dunia.

Thursday, April 21, 2016

Rakyat Afrika Bina Kereta Hanya Di Belakang Rumah

Moses Ngobeni 41, mengambil masa tiga tahun untuk membina dari kawasan belakang rumahnya di Giyani, Limpopo. Dia terpaksa mengupah sebuah trak tunda untuk menunda kereta ke sebuah balai polis di Venda untuk mendaftar nombor casis bagi memulakan proses mengesahkan kereta dengan jabatan trafik dan National Regulatory of Compulsory Specification ( NRCS).
Pemandu trak penunda itu begitu kagum dengan 'mosnter' rekaan Ngobeni ini dan dia telah mengambil gambar dan menyiarkan gambarnya di Facebook. Siaran tersebut mendapat lebih daripada 5000 'shares' di rangkaian sosial tersebut.

"Dalam masa hanya satu jam setelah gambar itu tersiar di facebook, saya telah menerima beberapa panggilan daripada orang yang tidak dikenali termasuk