Showing posts with label Nissan. Show all posts
Showing posts with label Nissan. Show all posts

Thursday, April 14, 2016

Pelancaran Nissan GT-R 2017

日産GT - R 2017年打ち上げ

Nissan melancarkan model baru GT-R di New York International Auto Show 2016, Model baru ini mengenengahkan wajah yang lebih segar di dalam dan luar, serta peningkatan prestasi pemanduan dan beberapa ciri-ciri baru yang lain. Nissan memberitahu, ini adalah perubahan yang paling besar kepada kereta super sport model Nissan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2007.

Thursday, October 15, 2015

Nissan Sport Lover

Cuba teka, apa model kereta kat bawah nih... memang tidak asing lagi di dalam arena perlumbaan kereta di Malaysia. Drag? Wangan? Drift? you name it... they always the champs.

Keluarga Cefiro - A

Dari keluarga A, Nissan Cefiro model yang pertama yang dikenali sebagai ceffy A31. Walaupun ia model sedan tapi model sport dan amat sesuai di modded dengan extreme kits. well known sebagai drift car... Teman ade satu, walaupun buruk rupanya, tapi mantop performance nyerrr...


Keluarga Silvia - S

S Chassis, teman ade sebijik... kaler pon lebih korang jer...

Tuesday, November 18, 2014

Model Nissan Yang Mungkin Anda tak Pernah Tahu...

Bermula tahun 1954 Nissan mempunyai tabiat mengeluarkan model-model kereta lumba konsep, tetapi tidak pernah satu ada kereta konsep ini yang beroperasi sepenuhnya. 

Kereta-kereta konsep yang mereka paparkan seperti prototaip CSP311 Nissan Silvia atau prototaip SP310 Datsun Fairlady dan sebagainya.

Berikut merupakan model kereta konsep keluaran Nissan yang mungkin anda tak pernah lihat... Jom layan...!



1965 Prince R380
1967 Nissan R380-II


1966 Nissan A680X
1968 R381
1969 R382
1970 R383
1970 126X
1970 270X


Cantik? Pelik? comel? lu pikir la sendiri...

Wallahualam...

Abang Besar

Monday, March 10, 2014

Nissan Silvia S16

Semasa Tokyo Motor Show, ada mata-mata melakukan spy work mereka di Jepun. Salah satu misi ialah untuk selongkar seberapa banyak maklumat mengenai masa depan 240SX yang dikhabarkan dari Nissan. Tahun lepas dilaporkan bahawa Nissan sedang berusaha pada kereta yang diberi nama kod W53 PF. Ntah betul ke tidak teman pun tak tahu.

Kereta ini, disyaki adalah 240SX masa depan, tapi kod "53" yang paling mungkin merujuk kepada penetapan platform yang sama yang digunakan oleh Nissan 370Z dan INFINITI G sedan . Dan , berdasarkan ilustrasi daripada sumber-sumber kita, kereta ini akan dikuasakan oleh 4 silinder sebaris dengan turbocharger atau supercharger. Adakah itu "Silvia" ?

Harapan kami telah dibangkitkan apabila salah satu "market spy" telah memaklumkan bahawa Nissan sememangnya akan mempunyai kereta konsep berprestasi  dengan enjin yang lebih kecil daripada VQ di Tokyo Motor Show, namun agak kecewa apabila mendengar bahawa konsep ini akan menjadi lebih khusus daripada pengganti Silvia, maknanya kita perlu tunggu lebih lama untuk melihat S16 mungkin, bila? 2015? atau 2016?

Ini adalah bentuk kereta yang diperkatakan.


Enjin kelihatan lebih kecil daripada 2.0 liter dalam anjakan, dan mungkin berkongsi beberapa komponen dengan Juke  1.6 liter turbo inline-4 , yang diberi nama kod MR16DDT . 

Jika Nissan benar2 menghasilkan enjin ini, Silvia baru akan bersenjata dengan kira-kira 200 bhp dan 217 lb.-ft. tork , menjadikannya cepat di luar jangkaan dan mungkin dapat mengalahkan FR-S/BRZ yang 0-60 . Satu lagi kemungkinan adalah enjin baru berdasarkan Mercedes- Benz 1.8 liter pada masa ini kuasa C180 itu. 

Kisah di atas bersumberkan dari GT Channel, Japan.

Abang Besar

Perihal RB20DET

Teman sentiasa berangan untuk memiliki A31 Cefiro dari dulu lagi, kalau dapat teman nak sumbat enjin RB20DE Turbo, tak pun RB25. Enjin ni boleh tahan power dia kalau kena pada setting... kata pomen la. Teman ngikut jer.

Ni dia contoh enjin RB20DET, enjin ni datang dari kete Skyline R32 (R32 ni pun kete idaman jugak teman ni, tapi apakan daya poket tidak mengizinkan)... pasang angan-angan dulu, yang penting bukan angan2 mat jenin, usaha diteruskan...


Kalau teman sudah beli A31, nanti teman tayang kat deme ya...

Wallahualam
Abang Besar