Monday, April 4, 2016

Toyota Celica Gen Pertama aka Japanese Mustang - (日本のマスタング別名トヨタセリカ第一世代)

Generasi pertama ( A20 , A30 ; 1970-1977 )

Generasi pertama celica atau lei dikenali dengan gelaran 'Naga' ini pernah dipaparkan di Tokyo Motor Show 1970. Model ini direka khas sebagai kereta peribadi yang menekankan gaya dan keseronokan memandu. Model pada pada keluaran asalnya terdiri daripada kod ET, LT, ST, dan GT. Percaya atau tidak, model ini direka berasaskan gaya "botol coke" yang berbentuk curvy.



Layout model 1st Gen ini ialah FR iaity Front Engine with Rear Drive atau dalam bahasa yang lebih mudah 'enjin depan-tarik belakang'.


TA22 Short Nose coupe with extreme modded
TA22 di atas sudah mengalami modificakasi yang agak extreme dengan
penambahan aksesori yang agak menonjol seperti fender flare, additional cover pada lampu hadapan dan lain-lain lagi.


TA22 Short Nose coupe


TA27 long Nose Fastback



TA23 Long Nose Coupe


Generasi pertama Celica boleh dipecahkan kepada dua model yang tersendiri. Yang pertama ialah model "short nose" dengan muncung hidung condong berbentuk seperti trapezoid (jarak roda yang lebih pendek iaitu 95 inci atau 2,400 mm). Short nose adalah untuk model coupe sahaja, sebagai contoh TA22, RA20, dan RA21 . Model-model ini telah dihasilkan 1970-1975 dan dilengkapi dengan enjin 2T, 2T-G 1.6 liter , atau 18R 2.0 liter. 


Model kedua ialah model "long nose" iaitu mempunyai muncung hidung yang rata dan agak panjang dengan jarak roda yang lebih panjang sedikit (98 atau 2500 mm jarak roda). Long nose boleh didapati dalam kedua-dua model coupe dan liftback.


- Jarak roda 2,407 mm ( 94.75 in) 

- Panjang 4170 mm ( 164.2 dalam)
- Lebar 1600 mm ( 63.0 in)
- Ketinggian 1,300 mm ( 53 in)

Spesifikasi Detail Engine ;


1.4 L T I4

1.6 L 2T, 2T-B & 2T-G I4
1.9 L 8R I4
2.0 L 18R & 18R-G I4
2.2 L 20R I4


Wallahualam,

Admin

No comments:

Post a Comment