Thursday, April 21, 2016

Rakyat Afrika Bina Kereta Hanya Di Belakang Rumah

Moses Ngobeni 41, mengambil masa tiga tahun untuk membina dari kawasan belakang rumahnya di Giyani, Limpopo. Dia terpaksa mengupah sebuah trak tunda untuk menunda kereta ke sebuah balai polis di Venda untuk mendaftar nombor casis bagi memulakan proses mengesahkan kereta dengan jabatan trafik dan National Regulatory of Compulsory Specification ( NRCS).
Pemandu trak penunda itu begitu kagum dengan 'mosnter' rekaan Ngobeni ini dan dia telah mengambil gambar dan menyiarkan gambarnya di Facebook. Siaran tersebut mendapat lebih daripada 5000 'shares' di rangkaian sosial tersebut.

"Dalam masa hanya satu jam setelah gambar itu tersiar di facebook, saya telah menerima beberapa panggilan daripada orang yang tidak dikenali termasuk
wartawan yang meminta untuk ditemuduga, tetapi saya menolak permohonan mereka kerana kereta itu masih belum siap lagi," katanya ketika ditemui di rumah beliau.

"Saya tidak mahu menarik perhatian sebegitu kerana sebagai rakyat Afrika, saya tahu mungkin ada orang yang akan cemburu dan ber'sesuabuat sesuatu supaya kereta ini tidak dapat disiapkan."
Ngobeni, bapa kepada tiga anak dan bekerja sebagai juruteknik elektrik perbandaran di Mpumalanga, telah membelanjakan lebih daripada R200,000 untuk merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya. Beliauemula memasang kereta ini pada tahun 2013.

Beliau mengimport tail light Nissan GTR Skyline tahun dengan harga R18,000, dan menghabiskan R4,400 untuk cermin sisi dan daripada sistem sound proofing.

Dia mereka body part daripada kepingan logam yang dibeli di kawasan berhampiran, mereka sendiri bahagian interior dan beliau cat kereta dengan warna kegemaran initu merah.

Enjin 2-liter dan gearbox dibuka dari body BMW yang dibelinya, mempunyai kelajuan maksimum sehingga 250km/j. Lampu depan pula dari model Audi TT yang dimilikinya.

Sistem elektronik kereta direka khas dan disambungkan kepada telefon bimbit beliau, dan enjin kereta boleh dihidupkan dari jarak jauh. Kereta ini juga mampu menghidupkan enjin secara automatik apabila bateri menjadi lemah.

Kereta ini dipasang dengan tayar 18 inci dan dilengkapi dengan skrin komputer dan beg udara. Ciri-ciri lain termasuk aerodinamik yang dilengkapi sayap tepi yang secara automatik akan keluar dari sisi untuk menstabilkan kenderaan semasa brek kecemasan.

Beliau mula melakar lukisan keretanya pada tahun 1994 semasa menuntut sebagai pelajar kejuruteraan elektrik pada usia 19 tahun. "Dari usia tujuh saya memberitahu diri saya bahawa satu hari nanti saya akan membina sendiri sebuah kereta. Saya membesar sebagai peminat tegar supercar walaupun tiada siapa di Giyani mampu mimilikinya."

Impian beliau seterusnya adalah untuk membina sebuah helikopter

Sumber Dari : www.sowetanlive.co.za

Sekian,
Abg Besar


No comments:

Post a Comment