Thursday, April 14, 2016

Perlumbaan Terhebat Kereta Drone

戻ってくる無人レースのケア...

Perlumbaan kereta tanpa pemandu akan kembali muncul di atas trek perlumbaan. Ia sangat laju dan tiada pemandu, persaingan hanyalah pada kelajuan mesin semata-mata yang bersaing dengan mesin yang lain, juga tiada pemandu...cuba bayangkan keseronokan baru yang akan tiba...

Mengimbas kembali tahun 1920-an, pernah terdapat "sukan" perlumbaan yang serupa di arena perlumbaan iaitu kereta-kereta kecil berkuasa petrol bersaiz hanya sebesar kasut, berlumba di trek di mana setiap kereta bergerak di dalam trek terkawal (macam hotwheel). Tidak ada pemandu yang mengawal stereng mahupun kelajuan mesin, kereta hanya mengaum pada kelajuan 'full throttle' mengorbit di keliling trek, sehingga 'sukan' ini terkenal dengan jolokan 'spindizzies'. Mesin yang bernadikan enjin 2 silinder ini dikatakan mampu memecut sehingga 200km/j! dengan bantuan supercharge!. (Klip Video Perlumbaan Spindizzies).

Sampai satu tahap, spindizzies dikatakan hanya memberi keseronokkan kepada pembuat kereta berbanding penonton yang menyaksikan perlumbaan, ini membuatkan 'sukan lumba kereta tambat' ini hanya bertahan selama 30 tahun dan akhirnya pupus dari pandangan peminat sekitar tahun 1950an di mana secara kebetulan perlumbaan Nascar mula menjadi tumpuan di negara Amerika. Nascar menggunakan pemandu sebenar yang memandu kereta di trek yang sebenar. Akirnya perlumbaan 'kereta tambat' hanya wujud sebagai kereta koleksi oleh peminat sukan permotoran.

Punca kejatuhan 'spindizzies' dikaji dan akhir diketahui iaitu kerana mereka hanyalah permainan mesin semata-mata, kejayaan atau kegagalan pasukan hanya dirasai setelah acara selesai di ruang pejabat/ bengkel pasukan sahaja dan bukannya di litar lumba pada hari perlumbaan. Manusia pada hakikatnya cenderung untuk berasa gembira bila kejayaan dicapai dan ingin diraikan bersama-sama.

Pada abad ke 21 ini, konsep perlumbaan yang sama akan kembali ke gelanggang di mana mesin akan berlawan dengan mesin. Masing2 tidak memerlukan pemandu dan akan menjamin keseronokan yang sama.Tidak akan ada lagi pemandu yang terkenal di dalam siri perlumbaan ini yang namakan sebagai "Siri Roboracer" berkonsepkan drone car.

Tidak akan nama-nama pemandu-pemandu yang terkenal seperti Colin McRaes mahupun Shirley Muldowneys di arena ini, yang ada hanyalah peralatan (hardware) dan juga perisian (software) yang bersaing dengan peralatan dan perisian yang lain.

Siri Roboracer dijangka bermula akhir tahun 2016 ini sebagai acara sampingan kepada perlumbaan Formula-E. Perlumbaan hanya akan berlangsung kira-kira sejam dengan 20 penyertaan kereta tanpa pemandu. Perlumbaan Siri Roboracer di katakan akan perlahan-lahan menjadi popular dan dijangka akan menjadi satu perlumbaan yang terhebat di masa akan datang.

Admin

No comments:

Post a Comment