Monday, April 11, 2016

6 Fakta yang Anda Tidak Pernah Tahu Pasal Formula One

Formula One bukan sahaja memerlkan kereta yang laju tetapi ia juga memerukan pemandu yang handal. Jika kita jenguk di sebalik tabir Formula 1, kereta dan garaj adalah satu perkara yang sangat menakjubkan.
berikut adalah enam perkara tentang sukan permotoran ini yang anda mungkin belum diketahui :

1. Sesetengah pasukan melantik saintis tersendiri semata-mata untuk mengkaji mineral minyak kereta.

Memang benar!, ahli-ahli sains dilantik khas untuk bekerja di atas track!. Pasukan Mercedes sebagai contoh menggunakan minyak pelincir dari Petronas sebagai penaja utama, telah melantik beberapa orang saintis memeriksa sampel minyak di bawah mikroskop untuk memastikan tiada mineral yang tidak diingini atau bahan kimia yang boleh memberi masalah kepada enjin mereka.

2. Sejumlah 30 orang krew perlumbaan bekerja di bengkel peribadi mereka pada hari perlumbaan.

Walaupun krew ini tidak berada di trek sebenar, ia tidak bermakna mereka tidak boleh membantu. Sebagai contoh, Mercedes mempunyai pasukan 24 orang di Eropah yang bekerja dan mensimulasikan perubahan pada kereta pelumba dari jarak jauh dan menyediakan penyelesaian melalui perkhidmatan komunikasi BBM BlackBerry.

3. Kebanyakan pasukan menggunakan 'parts' dengan cetakan 3D.

Dalam industri permotoran ini, perubahan berlaku dengan cepat sekerap setiap minggu sekali, setiap pasukan perlu berupaya untuk menghasilkan 'parts' ini dengan kerap yang memaksa kebanyakan pasukan menggunakan percetakan 3D. Tidak seperti kebanyakan pencetak 3D lain, bahagian-bahagian ini dibuat daripada besi dan bukannya plastik. Sebelum ini, 'parts' ini hanya digunakan dalam ujian tetapi dari tahun 2014 mereka digunakan pada kereta sebenar .

4. Lantai kereta memberikan 'downforce' yang maksima

Ramai berpendapat bahawa sayap besar di bahagian hadapan dan belakang memberi 'downforce' yang kuat kepada kereta untuk mencekam trek dengan kuat. Tetapi pendapat ini salah, sebenarnya lantai kereta lah yang memainkan peranan penting dalam  menyumbang seingga sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan 'downforce'. 

5. Ekzos gas yang teramat panas

Haba yang keluar dari ekzos memang tersangatlah panas sehingga dikatakan lebis panas daripada suhu yang boleh mencairkan logam! suhu biasanya oleh mencecah hampir 1000 darjah celsius. Suhu ini merupakan 50% lebih tinggi daripada suhu yang diperlukan untuk mencairkan aluminium.

6. Pemandu perlu mengendalikan Impak G-Force
Apabila pemandu memecut dan membrek kereta , mereka perlu mengendalikan dan mengimbangi tekanan G-Force yang kuat menghentam badan mereka, terutama apabila meluncur laju di corner2 yang merbahaya. Badan mereka akan terasa tertekan dan seperti meminta-minta supaya mereka berhenti, tetapi mereka perlu berjuang dan terus berjuang selama dua jam untuk mencapai kemenangan.


Sekian,
Admin

No comments:

Post a Comment