Monday, December 8, 2014

Kereta Klasik Pilihan - Mazda 808 aka RX-3

Mazda 808

Mazda 808 adalah merupakan sebuah model sedan popular pada masa yang lalu, dikeluarkan dalam dua versi sama ada sedan mahupun coupe, enjin piston atau enjin rotary, semuanya adalah pilihan untuk model code RX-3 ini.


Model Sedan, kat semenanjung agak senang dilihat di jalan raya

Walaupun kedua-dua versi kereta berkongsi reka bentuk dan ciri-ciri mekanikal, namun satu-satunya perkara kelainan mereka adalah pilihan enjin yang ada iaitu samada enjin biasa atau rotary.



Model Coupe, memang rare. seksi beb...

808/ RX-3 juga menjadi pilihan popular sebagai kereta drag di sebelah Australia, dengan enjin 13B Rotary yang boleh dipindahkan dengan mudah ke kereta ini, ia akan menjadi salah satu kereta yang paling cepat dan boleh memecah rekod kereta terlaju di sebahagian negara .


Fullamak... seksi tu...

Mazda 808/ RX-3 sedan boleh didapati di kebanyakan kampung-kampung kecil di seluruh negara kita dan harga yang ditawarkan untuk sedan masih di bawah RM5,000 jika tiada modifikasi dibuat, manakala coupe boleh mencecah atas RM10,000 mmmm... ya kerana kegilaan dua pintu semakin hari semakin menjadi-jadi.

Wassalam,
Abang Besar


No comments:

Post a Comment