Tuesday, November 18, 2014

Sejarah Datsun - Datson - DATs


DATSUN wujud dari perkataan DATSON, iaitu merujuk kepada model DAT yang lebih kecil (Dat-Son iaitu anak DAT), kemudian barulah ditukar kepada Dat-Sun, mengambil kira perkataan 'Sun' yang melambangkan matahari, objek kebanggaan orang Jepun, juga lambang bendera Negara Jepun.

DAT ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Mr Den Aoyama dan Takeuchi dan mereka menamakan D.A.T daripada huruf pangkal nama mereka (Den Aoyama Takeuchi). 

Kereta DAT dibina oleh sebuah syarikat yang diberi nama Kwaishinsha Motor Car Works, syarikat ini kemudiannya ditukar nama kepada DAT Automobile Works Ltd.

Berikut merupakan model2 terawal Datsun (DAT), tak larat nak mengarang cerita panjang-panjang. nanti teman cerita lagi, skang ni kita sama2 tatap gambar dulu.... Jom layan...!

DAT Model 1914, Model DAT yang Sulung agaknya..
DAT 41 Model 1916
GORHAM  SANRINSHA  3  WHEELER (1920 Model)
Lila, Model 1920
LILA  ROADSTER (1923 Model)
LILA  LIGHT  TRUCK (Model 1923), Model Pickup Datsun yang pertama
1930 Datson 10

Di sini segalanya bermula nama DATSUN, dari model Datsun 11 yang dikeluarkan pada tahun 1931. Model ini merupakan delegasi dari model DATSON 10 seperti dalam gambar di atas, Tiada perubahan yang ketara sebenarnya cuma melainkan sentuhan kosmetik yang lebih sempurna.

1931 Datsun 11, Ni Haaa... sudah tukar nama laaa...
1933 Datsun 12
1934 Datsun 13
1935 Datsun 14
1936 Datsun 15

Banyak lagi le... nanti Abang sambung lagi, lenguh le tangan nak menapi banyak2. kalau nak tau sambungannya, kena selalu ikuti perkembangan ruangankereta.blogspot baru le ok...

Wallahualam,
Abang Besar

No comments:

Post a Comment