Monday, September 8, 2014

Nissan Silvia S15


Silvia S15 
Dari kecil teman pasang angan-angan untuk memiliki sebuah kereta sport
Alhamdulillah sekarang teman udoh pun memilikinya... Ni haaaaa.....


Buatan : Nissan
Model   : Silvia S15
Enjin    : SR20DET Blacktop
Layout  : FR (Front Engine, Rear Drive)

Sedikit info mengenai Silvia S15.
Silvia S15 merupakan model sport coupe keluaran Nissan berasaskan platform S-Chasis, generasi sebelum adalah S14, S13 dan S13 hatchback. Generasi Silvia S110 dan S12 pernah digunakan untuk perlumbaan rali dunia. Model paling terkenal ialah 240RS yang menggunakan enjin FJ24 turbo. Yang penting, model silvia boleh bersaing sama tinggi dengan model nissan yang lain termasuk skyline, GTR dan fairlady.

Model S15 di klasifikasikan kepada 2 spec utama iaitu Spec-S dan Spec-R. Di Malaysia, Spec-S bernadikan enjin SR20 NA dengan transmisi auto, manakala Spec-R bernadikan enjin SR20 Turbo dengan transmisi manual 6 speed.

Teman dah tak tau nak cerita apa lagi buat masa ni, nanti teman update lagi ya... sabor ya yeop... gambor penuh pun nanti teman upload pelan2 ya.

Wassalam,
Abang Besar

No comments:

Post a Comment