Thursday, April 7, 2016

Video : Mekanik Kampung Cipta Kereta Guna Air

Angan-angan untuk manggunakan kereta yang menggunakan air sebagai bahan api yang mudah mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi kerana sudah ada baru-baru ini seorang mechanic kampung dari sebuah kawasan pendalaman negara India telah mereka cipta sebuah kereta yang menakjubkan yang bergerak menggunakan air sebagai bahan api.


Mekanik yang dimaksudkan ialah Mohammad Raees Markani, 44 telah mengubah suai sebuah enjin berkapasiti 800 cc dari model Suzuki untuk tempoh lima tahun dan kini percaya dia telah membuat penemuan saintifik. Kereta mesra alam ini menggunakan campuran air dan karbaid.

Beliau yang berasal dari negeri Madhya Pradesh, berkata "Kereta itu berjalan pada gas asetilena, yang terbentuk daripada tindak balas kimia antara kalsium karbaid dan air.


Video berikut ini telah dimuat naik ke youtube baru-baru ini. Menurut Mohammad, setiap campuran satu liter ini hanya memerlukan kos di bawah dua pence (beberapa sen aje kot) menjadikannya lebih kos efektif daripada bahan api tradisional.



Menurut Mohammad lagi, beliau ber pengalaman menjadi mekanik kereta lebih daripada 15 tahun dan beliau telah menjadi selebriti tempatan berikutan ciptaannya yang menakjubkan. Baru-baru ini teknologi beliau yang menggunakan telah dijemput oleh syarikat-syarikat pengeluar kereta besar dari China untuk membangunkan lagi idea ini.

Tiada yang mustahil di dunia pada hari ini, kalau dulu air dianggap musuh kepada api, tapi sekarang sebaliknya air telah menjadi agen bahan api...

Admin pernah menyiarkan tajuk mengenai kereta mengunakan teknologi air dari London sebagai bahan api dua tahun lepas, Ingat lagi tak pada link ini?

Wallahualam,
Admin

No comments:

Post a Comment