Wednesday, April 20, 2016

Koleksi Kereta Mewah Mr Bean

Pelakon Rowan Atkinson, yang masyhur dan dikenali di antarabangsa sebagai "Mr Bean", memiliki kekayaan yang dianggarkan sebanyak 65 juta. Salah satu minat utama beliau adalah kereta mewah. Beliau memang 'berjaya' menghabiskan banyak wang pada kereta vintaj dan klasik termasuk Aston Martins, Audi A8, Mercedes-Benz 500E, Bentley Mulsanne, Honda Civic, Lancia Delta Integrale, Rolls Royces, McLaren F1 dan banyak lagi.
"Mr Bean" memang memiliki lesen memandu kategori C+E (dulunya dipanggil "Kelas 1") untuk memandu lori. Beliau juga merupakan pemlis dan pengulas untuk majalah kereta British seperti 'Car', 'Octane' dan 'Evo'.

Belau juga pernah dipilih sebagai pemandu terpantas dikalangan selebriti di dalam rancangan TopGear.

Sekitar tahun 1991, Rowan Atkinson pernah muncul dalam satu siri yang dinamakan sebagai "Driven Man", telah memaparkan beliau sedang memandu kereta di sekitar kota London kerana cuba untuk menyelesaikan ketagihan melampau beliau pada kereta.

Satu perkara yang menarik mengenai "Mr Bean" ialah beliau memiliki banyak kereta mewah, tetapi tidak pernah membeli sebuah Porsche. "Saya mempunyai masalah dengan Porsche. keretanya memang menakjubkan, tetapi saya tahu saya tidak boleh hidup dengan memilikinya" jelas beliau

Berikut merupakan sebahagian daripada koleksi kereta-kereta mewah Rowan Atkinson a.k.a 'Mr. Bean";

Acura NSX

Aston Martin v8

Aston-martin old model

Audi A8

Lancia Delta Integrale

Mac Lauren

Rolls Royce

Pada 4 haribulan Ogos 2011, Rowan Atkinson telah menemui kemalangan kecil.

Beliau telah mengalami kecederaan kecil di bahu setelah kereta McLaren F1 warna maroon yang dibelinya sekitar tahun 1997 berharga 650,000 pound telah terbabas dan melanggar sebatang pokok dan juga tiang lampu di sekitar kawasan Whaddon, Cambridgeshire.

turut terlibat dalam perlanggaran tersebut ialah kereta model Austin Metro supermini car, namun kereta mini ini dikata tidak mengalami sebarang kerosakkan teruk berbanding kereta Mr Bean.

Sekian,
Kru ruanganKERETA

No comments:

Post a Comment