Monday, April 18, 2016

Kereta electrik Proton Pertama

Siapa yang tidak kenal dengan Proton Iriz yang dipasarkan sekitar tahun lepas. Tapi tak ramai yang tahu ada versi model elektrik.

Prototaip Proton Iriz EV sebelum ini telah dipamerkan di Pameran dan Persidangan Greentech & Eco International Produk 2015 di Malaysia (IGEM ). Namun gambar kereta ini telah viral di internet dibawah tajuk 'kenderaan elektrik malaysia pertama'.

Secara luarannya Iriz EV kelihatan sama seperti model Iriz sebelumnya, tetapi di bawah bonet ia benar-benar berbeza. Powertrain Iriz EV adalah berdasarkan kepada Motor AC magnet kekal digerakan oleh elektrik bersamaan dengan 116 kW (155 hp) dan 360 Nm torq. Kuasa motor digerakkan oleh kuasa elektrik dari 39.6 kWh litium-ion polimer LG bateri. Kuasa ini membolehkan kereta mencecah kelajuan tertinggi 150 km/j di dalam masa 9 saat.

Kereta ini dilengkapi dengan unit pengecasan pantas 50 kW dan unit pengecasan biasa 6.6 kW. Bateri kereta bateri Iriz EV dikatakan mampu mengecas dari 40% kepada 100% dalam masa hanya 15 minit dengan pengecas yang cepat manakala empat jam dengan pengecas biasa dan tujuh jam dengan  plug tiga-pin standard. 

Terdahulu, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Iriz EV dengan mudah boleh bersaing Nissan Leaf dari segi jarak perjalanan iaitu 240 Km sekali cas, berbanding Nissan Leaf yang hanya 200Km. Kereta ini adalah sebuah karya seni dengan penampilan yang mengagumkan, berat model EV ini dalam 1,380 kg iaitu 195 kg lebih berat daripada Iriz 1.6 Premium CVT ( 1185 kg)

Pada bulan Oktober 2014, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia ( MAI ) pernah memberitahu bahawa beberapa model kenderaan elektrik di Malaysia akan dibangunkan dan memberi sasaran bahawa harga jualan di bawah RM100k apabila ia mencecah pasaran.

Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Proton Iriz EV boleh menjadi menembusi pasaran secara sekitar akhir tahun 2016 atau awal 2017.

Sumber : Pelbagai
Wallahualam,

Admin
ruanganKERETA

No comments:

Post a Comment