Saturday, May 3, 2014

Kereta Sport Pelik lagi Aneh, Jangan Tak Percaya

Kali ni admin nak kongsi beberapa kereta sport yang kelihatan agak pelik... yang mana ya? ni ha...

No. 1 - Nama dia Sbarro Autobau, concept car yang kelihatan pelik tapi seronok gak melihatnya. Nampak je camtu tapi kereta ini di kuasakan dengan enjin 12 silinder yang mampu menjada 500 kuasa kuda dari model Ferrari.


mana depan mana belakang ni...?



Ni ha ruangan dalam kereta ni...canggih jugak


No. 2 - Kereta ni plak datang dari Kanada iaitu dari Tesla Electric Sport Car, namanya eVaro. Idea kereta ni katanya datang dari bentuk titisan air mata dan ia hybrid tayar tiga, mampu memecut menggunakan kuasa enjin bahan api.


ni keretanya... nama dia eVaro... amacam?

Pereka kereta ni mendakwa yang kereta ini mampu mencapai top speed lebih daripada 200km/j dan mampu mengembara melebihi 200 km dengan kuasa electrik semata-mata.

No.3 - Yang ni plak kereta pinochio, dari jenama Wolkswagen yan diberi nama Rocca. Model ini masih lagi model percubaan dan hanya dikeluarkan dalam jumlah yang sangat terhad, hood depan dan bumbung diperbuat daripada kayu untuk menampakan ciri-ciri klasik.




pandangan dar belakang nampak kelas gak...


dari depan...macam kasut pun ade hehehe...
No.4 - Model ini adalah sesuatu yang luar biasa walaupun untuk reka bentuk kereta konsep. Direka oleh Jeremy Westerlund dari Pusat Seni sekolah rekabentuk. Ruang pemandu terdedah , saya rasa pemandu perlu memakai topi keledar safety untuk melindungi dirinya. 



Rolls- Royce Apparition Concept diberi nama, membawa beberapa persamaan dengan reka bentuk Rolls- Royce yang lain yang berjeriji besar dan hiasan hood. Walaupun kelihatan pelik , tetapi pada sudut yang lain, ia sebenarnya kelihatan cukup kemas dan bergaya.

No.5 - Ya! 6 roda, bukan teman silap taip. Nama supercar ni Covini C6W, tidak begitu popular dan kurang dikenali untuk pembuatan supercar. konsep ini adalah hasil pembangunan selama 32 tahun yang lalu dan berdasarkan kepada perlumbaan kereta dari tahun 70an. 



C6W bernadikan 433hp 4.2 liter enjin V8 Audi dari model R8. Hanya roda belakang didorong daripada enjin (2 wheel drive), bukannya all 6 wheel drive, dipacu oleh 6 speed gear manual.

walau apa2 pun, lain orang lain pandang nya, kalau xde orang minat masakan model ini boleh diciptakan.

adios...
Abang Besar admin

No comments:

Post a Comment