Monday, March 10, 2014

INFO : Mudahnya Jual/beli kereta di Mudah.my

Mudahnya Jual beli kereta di Mudah.my

Bagi teman, nak jual kereta terpakai milik sendiri secara terus kepada pembeli bukan sesuatu yang mudah. Kalau nak senang, jual aje kat 'penjual kereta terpakai' atau used car dealer. Tapi jual kereta terus kepada pembeli pun ada kelebihannya, kita boleh letak harga yang lebih tinggi kalau nak banding jual kat kedai used car. 

Used car dealer membeli kereta dengan harga yang lebih murah kerana terpaksa membaiki setiap kerosakan kereta dan cat baru. Mereka juga terpaksa tanggung risiko jika kereta tidak laku utk masa yang lama, maka harga pasaran kereta tersebut akan turun le jawabnya dan mereka akan menanggung kerugian.

Kalau nak senang lagi, minta tolong dengan Mudah.my. Mudah.my ni sebuah portal khas untuk sesape saja, jual pelbagai aneka barangan secara terus kepada pembeli, dan yang paling penting Mudah.my adalah free (FOC).



Produk yang paling popular dalam Mudah.my ialah kereta terpakai. Kebanyakan penjual yang mengiklankan kereta terpakai di Mudah.my adalah individu perseorangan atau tuan punya kereta yang cuba jual terus kereta kepada bakal pembeli. Kat mudah.my kita jugak boleh buat survey harga kot.

Jadi kalau anda nak cuba jual kereta secara terus, tanyalah Mudah.my. Ini tempat yang paling sesuai untuk melakukannya tanpa perlu bersusah payah membuang masa dan yang penting DUIT.

Abang Besar

No comments:

Post a Comment