Monday, March 24, 2014

INFO : Fast and Furious 7

Fast and Furious 7 tamatkan penggambaran

Ingat lagi pada Paul Walker? selepas beliau meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada bulan November lalu, Fast and Furious 7 masih lagi di dalam pembikinan dan sepatutnya dijadualkan untuk keluar 11 Julai tahun 2014.




Pembikinan filem ini diberhentikan seketika, namun tidak lama kemudian, penggambaran disambung semula. Tentu ada yang tertanya bagaimana Universal Studios menyelesaikan masalah ini, bukan?



The New York Daily News melaporkan bahawa baki adegan Walker dalam filem itu akan ditangkap dengan menggunakan empat pelakon "stand in", yakni empat orang yang memiliki tubuh fizikal yang hampir sama dengan Walker, untuk digunakan bagi babak yang mempunyai pergerakan, dengan muka dan suara Walker ditindih menggunakan CGI. entah ape bende CGI teman pun tak tau, yang penting teman rasa bende ni agak mencabar.


Skrip terbaru ini memaparkan watak detektif FBI Brian O’Connor  tidak mati, tetapi sebaliknya dia memilih untuk bersara. Filem ini dijangka akan dikeluarkan pada 10 April 2015. sama-sama kita nantikan.

A Besar
translated from : The New York Daily News

No comments:

Post a Comment