Wednesday, April 6, 2016

Volkswagen Performance Car : fakta yang perlu anda tahu

Pengenalan

Kali ini admin ingin membicarakan  model terulung dari Volkswagen yang tidak kurang hebatnya di Malaysia. Pada pendapat admin, Volkswagen menawarkan 3 jenis top model iaitu; Scirocco R, Golf R dan Polo GTI.


Scirocco-R

Model ini kelihatan lebih sporty berbanding dengan model Volkswagen yang lain dengan bernadikan enjin petrol 4-cylinder dengan 2.0cc kapasiti Direct injection exhaust turbocharger. mampu menjana sehingga 188kW (255ps) max output pada 6000 rpm dan 330Nm max torque pada 2400 hingga 5200 rpm. Digerakkan oleh 6-speed TSI direct shift gearbox DSG.

Berat body sekitar 1790 kg. Jenis body ialah coupé 2 pintu dengan spesifikasi body 4248mm panjang, 1820mm lebar dan 1394mm tinggi. Jarak tayar ke tayar 2578mm. Rim spec 8J x R19, tayar 235/35 R19. Kapasiti tank sekitar 55 liter. 

Features lain ialah ada cruise control, 2 zon aircond temperature control, keyless locking dengan remote control, sistem navigasi RN510, pedal sport  stainless steel dan lain-lain lagi features menarik. Untuk keterangan lanjut mengenai model Scirocco-R ini, sila didapatkan di sini.

Golf-R

Golf merupakan model Volkswagen yang paling tinggi jualannya di Malaysia. Model R ini direka khas bagi peminat 'performance car'. Digerakkan dengan enjin petrol 4-cylinder berkapasitu 2.0cc. direct injection exhaust turbocharger. Kemampuan enjin mampu menjana sehingga 206kW (280ps) max output pada 6200 rpm dan 380Nm max torque pada 1750 hingga 5600 rpm. Juga digerakkan oleh 6-speed direct shift gearbox DSG.

Berat body sekitar 1980 kg. 2 jenis body ditawarkan ialitu model 2 pintu dan 4 pintu hatchback. Spesifikasi body lebih panjang iaitu 4276mm, 1799mm lebar dan 1436mm tinggi. Jarak tayar ke tayar 2630mm. Rim spec 7.5 x R18 atau 8JJ x R19, tayar yang sesuai 225/40/R18 dan 235/35 R19. Kapasiti tank juga ekitar 55 liter. 

Features lain ialah mempunya all wheel steering (all motion), 5.8" touch screen, cruise control, R gear knob, 2 zon aircond temperature control, 'carbon touch' dashboard, keyless locking dengan remote control, sistem navigasi RN510, pedal sport  stainless steel dan lain-lain lagi features menarik. Detail mengenai model Golf-R ini boleh didapati di sini.

Polo-GTI

Model ini juga bernadikan enjin petrol 4-cylinder dengan 1.4cc kapasiti Direct injection exhaust turbocharger. mampu menjana sehingga 132kW (180ps) max output pada 6200 rpm dan 250Nm max torque pada 2000 hingga 4500 rpm. Digerakkan oleh 7-speed direct shift gearbox DSG.

Model ini lebih ringan dan 'soft drive' berbanding dengan 2 model di atas. Berat body hanya sekitar 1680 kg. 2 jenis body ditawarkan ialitu model 2 pintu dan 4 pintu hatchback dengan spesifikasi body 3976mm panjang, 1682mm lebar dan 1452mm tinggi. Jarak tayar ke tayar 2468mm. Rim spec 7J x R17, tayar 215/40 R17. Kapasiti tank hanya sekitar 45 liter.  

Features lain ialah ada cruise control, climatronic aircond system, keyless locking dengan remote control, Radio ‘RCD 510’ dengan touch-screen bersama 6 CD changer, pedal sport  stainless steel dan lain-lain lagi. Detail mengenai model Polo GTI ini boleh didapati di sini.

Kepada peminat 'performance car', pilihan ada di tangan anda kerana model-model ini menjadi pesaing hebat kepada 'performance car' dari jepun seperti skyline, silvia, 18sx, Z series, RX7, RX8, Supra, Celica GT, Lancer Evo series dan sebagainya.


Sila dapatkan harga PROMOTION dari Volkswagen.


Wallahualam,

Admin

No comments:

Post a Comment