Seorang petani dari negara China Tang Zhengping telah meracipta kereta yang akan menjimatkan bahan api berasaskan kuasa 'kipas angin'. Petani yang berusia 90 tahun ini mendakwa kerata beliau boleh mencapai had kelajuan maksima hampir 90 batu sejam. Dia berkata bahawa dia sudah nampak yang dia akan menjadi jutawan dalam sekelip mata selepas mencipta kenderaan istemewa ini.
Mr. Tang hanya mengambil masa tiga bulan untuk merekabentuk dan membina kenderaan itu, yang berukuran 1000mm tinggi dan 3000mm panjang.
Kenderaan ini digerakkan oleh bateri dan penjana elektrik yang dicaj semula oleh kipas besar yang berputar di hadapan dan dua 'sayap tenaga solar' di belakang untuk menyokong penjanaan elektrik.
Mr. Tank dari Beijing berkata "Ia boleh memacu pada kelajuan maksimum 140 kilometer sejam (86.7mph) dan tahan lebih lama daripada kereta elektrik biasa di pasaran masakini yang kebiasaannya tidak mempunyai penjana"
Dua set penjana dan bateri mengecas akan berfungsi secara bergilir-gilir. Kipas dan sayap menyediakan elektrik tambahan semasa kereta sedang bergerak, dan bateri perlu dicas semula setiap dua atau tiga hari.
Menurut Mr. Tang , beliau sudah berminat pada alat elektronik sejak dia masih kecil lagi.
China merupakan pasaran terbesar dunia untuk tenaga angin dan telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tenaga hijau semenjak tahun-tahun kebelakangan ini.
Hanya lima tahun yang lalu, negara China mempunyai hampir tidak ada kuasa angin turbine akhirnya meledak menjadi pemasang terbesar di dunia turbin pada tahun kebelakangan ini. Mr. Tang berharap anak melihat lebih banyak lagi kenderaan pengangkutan berkuasa angin ini pada tahun-tahun akan datang.
Wallahualam,
Admin
No comments:
Post a Comment