Beberapa keping gambar SUV yang didakwa sebagai model SUV pertama dari Proton telah tersebar luas di alam maya, dunia internet tanpa batasan. Berikut merupakan beberapa gambar yang admin cuba kumpul untuk anda buat penilaian.
Persoalannya, apakah proton sudah pun melancarkan kenderaan SUV pertama seperti ini? Kalau kita lihat trend permintaan yang semakin meningkat terhadap sebuah SUV semenjak kebelakangan ini mungkin menyebabkan Proton memasang perancangan mengeluarkan SUV pertama mereka ari awal lagi.
Menurut sumber tertentu, ada yang mengatakan penciptaan Proton SUV (dari anak syarikat Proton i.e. Lotus) ini adalah berdasarkan Lotus APX, ada yang kata berlandaskan Suzuki Vitara, malah ada juga mengatakan ia mungkin berlandaskan model Harrier.
proton dikatakan berusahasama dengan sebuah syarikat dari negara China untuk pengeluaran model SUV ini malah model ini dikatakan sedang diuji di sana.
Walau bagaimana pun, rekabentuk kenderaan SUV ini kelihatan agak mirip kepada kenderaan SUV yang sedang berada di pasaran seperti S Porche Cayenne, BMW X6 35i dan Nissan Murano.
Harapan kita agar model ini sukses bukan hanya di Malaysia, malah menempah nama di luar sana. Bak kata orang dulu-dulu, tepuk dada tanya selera, kalau benarlah berita ini, maka sebagai rakyat Malaysia kita patut memberi sokongan. Mungkin ia membuka peluang kepada peminat dunia permotoran tempatan untuk memiliki sebuah SUV dengan harga yang lebih murah berbanding model import.
Nota : Info di atas dikumpul hasil dari permerhatian peribadi pihak admin, jika ada sebarang kesulitan, pihak admin memohon maaf.
Wallahualam,
Admin
No comments:
Post a Comment