Wednesday, April 13, 2016

Tesla Model-3 kereta elektrik berpatutan Akan Dilancarkan

Tesla Model 3 yang dikatakan sebagai sebuah model kereta berkuasa elektrik yang 'berpatutan' kerana model kereta yang berharga pada purata hanya $42,000 (kira-kira RM160K). Model Tesla 3 ini dibuat keluarkan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di California.
Penghantaran pertama model kenderaan ini dijadualkan bermula pada akhir 2017, dan ia boleh ditempah terlebih dahulu di pelbagai negara, termasuk United Kingdom, Ireland, Brazil, India, China dan New Zealand. Model ini walaubagaimanapun belum lagi menenbusi pasaran negara kita.

Harga model asas akan bermula pada harga yang lebih rendah iaitu $35,000 (kira-kira RM120K). Tesla-3 mempunyai jarak perjalanan sekurang-kurangnya sejauh 215 batu (346km) untuk setiap kali cas.

Kereta ini dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 60 mph (97km/j) dalam masa kurang daripada enam saat, versi model ini yang lebih tinggi mungkin akan memecut dengan lebih cepat. Bercirikan "autopilot" untuk keselamatan membolehkan kereta bergerak dan dikawal sendiri (self driving) oleh komputer untuk mengelakkan pertembungan.

Admin akan update tentang model ni bila dapat info tambahan.

Sekian,
Admin

No comments:

Post a Comment