Sunday, April 10, 2016

Drift atau Drag? mana lebih giler

Dua-dua giler, masing-masing dari bidang yang sama dan prinsip asas yang sama iaitu dua-dua mampu mencabar adrenalin kelakian anda. Matlamat anda sentiasa satu iaitu sangup melakukan apa saja untuk sampai garisan penamat. Anda hanya mahu kuasa enjin yang tinggi kuasa kudanya, bunyi turbo yang ganas dan memecut atau slide dengan bergaya hingga ke garis penamat sebagai orang yang berjaya dan bergaya.

Asal Drag Race

Drag Racing dikatakan bermula dari zaman Henry Ford bermula dengan Ford Model T bertujuan untuk menguji kehandalan kereta secaa solo. Sejak dari itu, kereta model ini telah tersebar secara meluas sebagai kereta drag dan ramai pemandu berminat dan bersedia untuk menjadi pemandu model tersebut. Dari hari ke sehari, perlumbaan drag mula merebak ke seluruh benua. 
Idea ini mendapat sambutan popular dan akhirnya ia membawa kepada undang-undang baru untuk berlumba dalam jarak satu perempat batu sahaja atau 400m secara duo serentak. Siapa yang sampai ke garisan penamat dahulu dikira sebagai pemenang, cukup mudah. 

Kini, bermulalah ungkapan-ungkapan baru yang sering bermain di kepala kita apabila kita terdengar perkataan 'drag race' iaitu turbo, supercharge, V8, horsepower, nitrus, adjustable absorber, FWD, RWD, AWD dan sebagainya.

Cukup senang kalau dak join drag race, cari sebuah kereta, tingkatkan kuasa, lakukan burnout tayar, tunggu lampu hijau, tekan minyak, tuka gear dengan betul, memecut di garisan lurus, dan pecut hingga ke garisan penamat.

Apa itu Drift

Drifting pula  merupakan seni menampilkan kereta seperti hilang kawalan, tetapi sebenarnya ia dalam kawalan penuh pemandu. Drifting (salah satu sukan motor yang paling pesat berkembang) boleh dilihat seawal tahun 1930-an. Apabila kereta-kereta peserta Grand Prix dilihat perlahan-lahan menggelongsor di sekitar sudut tertentu di dalam trek secara semula jadi. 

Satu teknik yang digunakan dalam tahun 1970-an di Jepun seorang pemandu kereta Toyota AE86 memandu menuruni kawasan gunung yang curam dan beliau cukup popular hingga ke hari ini. Pada mulanya beliau hanyalah penghantar tofu setiap hari ke kedai berhampiran dan memastikan tofu2 tersebut sampai tepat pada masanya dan berada di dalam keadaan yang baik. Pemandu itu mula berlatih untuk menyempurnakan teknik pemanduan beliau dari hari ke sehari. Lama kelamaan dia sentiasa dicabar oleh pemandu kereta sport seperti Mazda RX-7, Nissan 200 SX, Supra dan yang paling popular pada waktu itu model skyline R32. kisah pemuda ini difilemkan di dalam filem animasi 'Initial D'

Dua dunia yang berbeza, dua konsep dan bidang yang berbeza, namun mereka berkongsi prinsip yang sama dan merasai keseronokan yang sama.

Admin

No comments:

Post a Comment