Inilah sebuah kereta yang dikatakan paling mahal yang dicatatkan dijual di dunia dalam sejarah permotoran kereta. Ia merupakan sebuah kereta 'homologated GT' (tiada had saiz enjin dan chasis) yang pernah dikeluarkan oleh Ferrari dari tahun 1962 hingga 1964 untuk acara FIA's Group 3 Grand Touring Car.
Model kereta ini ialah Ferrari 250 GTO tahun 1060an.
Beberapa tahun lalu, model 1962 250 GTO yang menjadi model paling mahal ini telah di jual kepada seorang penggemar kereta dari US Mr. Craig McCaw dengan harga $38,115,000 (lebih kurang RM150 juta)
Pada tahun 2013 pula, seorang engumpul koleksi kereta dari Connecticut Mr Paul Pappalardo telah menjual model yang sama (chassis number : 5111GT) kepada pembeli yang tidak diketahui dengan harga sekitar lebih daripada $38 juta.
Sejarahnya, GTO adalah ringkasan kepada "Gran Turismo Omologato", untuk model 'Grand Touring Homologated' yang hanya dijual pada harga sekitar $18,000 untuk model yang baru di US pada waktu itu.
Sebelim memiliki model GTO ini, para pembeli mestilah mendapat kelulusan secara peribadi daripada Enzo Ferrari dan juga wakil dealer dari Amerika Utara, Luigi Chinetti. Dikatakan sejumlah 39,250 buah GTOs pernah dikeluarkan sekitar tahun 1962 hingga 1964.
Pada tahun 2004, 'Sports Car International' meletakkan model GTO ini sebagai yang ke-8 di dalam senarai 'Top Sports Cars' untuk tahun 1960an, ia juga dicalonkan sebagai 'top sports car of all time'. Majalah 'Motor Trend Classic' pula meletakan GTO sebagai 'Greatest Ferraris of All Time' dan akhir sekali para penggemar kereta lumba pada waktu itu pula meletakkan gelaran GTO ini sebagai "Hottest Car of All Time."
Admin tidak pasti samada model ini ada dimiliki di negara kita. Pada tahun 2011 dikatakan sebuah model yang sama berwarna silver pernah muncul di Pulau Pinang, namun setelah diselidiki, kereta itu bukan original GTO, ia hanya model replika yang dimidifikasi dari kereta yang hampir serupa iaitu Datsun Fairlady 260Z tahun 1974.
Sekian,
Admin
No comments:
Post a Comment