Thursday, April 14, 2016

Pelancaran Nissan GT-R 2017

日産GT - R 2017年打ち上げ

Nissan melancarkan model baru GT-R di New York International Auto Show 2016, Model baru ini mengenengahkan wajah yang lebih segar di dalam dan luar, serta peningkatan prestasi pemanduan dan beberapa ciri-ciri baru yang lain. Nissan memberitahu, ini adalah perubahan yang paling besar kepada kereta super sport model Nissan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2007.

Bahagian luaran GT-R ini menerima 'makeover' secara menyeluruh. Grill "V-motion" yang merupakan signature kepada design Nissan, telah sedikit diperbesarkan sedikit untuk memberi lebih ruang kepada penyejukan enjin supaya lebih efficient, juga kini mempunyai kemasan chrome dan corak jaring (mesh) yang dikemaskini. Hood yang baru dengan garisan-garisan sejajar dari gril, telah diperkukuh untuk meningkatkan kestabilan semasa pemanduan berkelajuan tinggi. 

Spoiler yang baru direka pada bumper depan menjana downforce hadapan disamping memberi rupa baru GT-R sebagai race car yang kental.

Bentuk aerodinamik Nissan GT-R memberi ruang aliran udara tambahan terus ke belakang. Ciri taillights GT-R dipasangkan pada bonet belakang dengan bodywork yang baru, side vent terletak bersebelahan dengan tips ekzos. 'Beltline' hitam yang lebih rendah pada panel badan telah membuatkan kereta kelihatan lebih luas dan lebih agresif dari belakang.


Perubahan luaran menampakkan kereta lebih sporty, aerodinamik  dan lebih tajam untuk kecekapan pemanduan yang lebih stabil pada kelajuan tinggi. 

Model 2017 ini bernadikan enjin 3.8 liter V6, 24 injap twin-turbocharged iaitu enjin yang memenangi anugerah Nissan GT-R. Setiap unitenjin merupakan buatan tangan oleh juruteknik Takumi sendiri. Kini enjin inimampu menjana kuasa 565 kuasa kuda pada 6800 rpm dan 467 lbft tork, yang merupakan peningkatan sebanyak 20 HP dan 4 lb-ft dari model sebelumnya. Seperti biasa, bunyi enjin GT-R yang aggresif  ditambah resonans sistem yang baru, ekzos titanium dengan Active Sound Enhancement ( ASE) meningkatkan keseronokan memandu terutama semasa pecutan.

Perubahan paling menakjubkan pada bahagian dalam kereta yang mengalami penambahsuai yang sangat besar dan lebih mewah. Seluruh dashboard termasuk panel instrumen dibalut dengan lapisan kulit Nappa yang dijahit dengan gaya Takumi. Susun atur dashboard juga lebih baik dan dipermudahkan. Butang dan suis navigasi dan kawalan audio dikurangkan daripada 27 (model lama) kepada hanya 11 untuk model GT-R 2017. Touch screen baru bersaiz 8" menggantikan screen lama 7". Gear shift paddel di passang pada stereng membolehkan pemandu menukar gear dengan lebih cekap tanpa perlu mengalih tangan dari stereng.

Menurut Mamoru Aoki, pengarah reka bentuk eksekutif, Design Center Global, Nissan Motor Co., Ltd "...Prestasi aerodinamik yang luar biasa dan dalaman dinaik taraf telah mwmberi GT-R watak yang lebih matang dan akan berterusan hingga ke masa akan datang, "

Model GTR 2017 ini dikatakan akan mula dipasarkan pertengahan tahun 2016.

Sekian,
Admin

No comments:

Post a Comment