Friday, March 14, 2014

Lambo Huracan hangat

Lambo Huracan hangat di Geneva

Lamborghini telah dengan rasmi mendedahkan model baru Lamborghini Huracan LP 610-4 di Geneva Motor Show.

Direka bagi menggantikan Gallardo, nama Huracan diambil sempena seekor lembu laga yang berani, menonjol dan deria serangan yang tinggi”.

Model tersebut mempunyai rekaan luaran yang agresif, yang mana mengekalkan konsep garisan lakaran dari Aventador dan Sesto Elemento. Dengan lampu hadapan dari LED, saluran pengambilan udara (air intakes) yang agresif, dan sistem empat paip ekzos, adalah antara ciri luaran yang menyerlahkan ke’macho’an model ini.




Bahagian interior juga telah ditambah baik, dengan material berkualiti tinggi serta komponen-komponen moden.

Dikuasakan oleh enjin 5.2 liter V10 yang menjana 610 kuasa kuda dan 560Nm tork. Enjin yang dievolusi dari Gallardo ini bekerjasama dengan transmisi dual-klac dan sistem AWD, serta berat keseluruhan 1,422kg, Huracan mampu memecut 0-100km/h dengan catatan masa 3.2 saat, 0-200km/h dalam masa 9.9 saat dan kelajuan maksimum yang mampu dicatat ialah 325km/h. Lamborghini Huracan ini mempunyai ciri sistem enjin hidup/mati (start/stop system) yang mana membolehkan kereta in memerlukan sekitar 12.5L bahan api untuk setiap 100km, dan dengan 290g/km pelepasan CO2.




wallahualam,
a.besar

No comments:

Post a Comment