Thursday, November 13, 2014

Kereta Guna Air Ganti Minyak

Bayangkan kalau kita tidak perlu lagi untuk beratur dan berasak-asak di stesen minyak semata-mata untk mengisi minyak petrol. Kita juga tidak perlu untuk berbelanja besar semata-mata menisi minyak untuk pulang ke kampung, tentu seronok bukan? Salah ke untuk kita bercita-cita dalam hal ini atau ia hanya angan-angan Mat Jenin?

Tapi rasanya tidak mustahil kerana pada tahun 2014 ini, sebuah syarikat
pengeluar kereta yang beroperasi di kota London 'Liechtenstein' mendakwa telah berjaya menghasilkan sebuah kereta sport  hanya menggunakan air garam. Enjin yang dicipta ini mempunyai persamaan dengan kenderaan mesra alam yang menggunakan hidrogen sebagai bahan api utama, cuma yang berbeza adalah kereta mereka ini mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dalam tempoh masa 2.8 saat hanya menggunakan air garam! dan ia dikatakan mampu memecut sehingga kelajuan maksimum 350 kilometer sejam
Kereta yang dikenali sebagai Quant E-Sportlimousine mula menjadi perhatian selepas membuat penampilan pertama dalam pertunjukan Motor Show di Geneva pada 2014, teknologi enjin air garam itu kini dibenarkan digunakan di negara-negara Eropah.

Harga model kereta Quant E boleh mencecah lebih daripada RM6 juta dan kereta tersebut telah mendapat sijil kebenaran untuk digunakan di negara-negara Eropah. 
Menurut Pengerusi NanoFlowcell AG, Prof. Jens-Peter Ellermann, potensi untuk NanoFlowcell AG amat besar terutamanya dalam terma pembekal sumber tenaga domestik termasuklah untuk kegunaan maritim, kereta api dan penerbangan bukan sekadar untuk kereta.

Quant E adalah successor kepada kereta konsep Koenigsegg Quant yang didedahkan pada tahun 2009 namun hilang dari sejarah kerana secara teknikal atau komersial kereta ini tidak bagus. Model ini menawarkan versi dua pintu untuk empat tempat duduk , 5250mm panjang, 2200mm lebar, 1350mm tinggi dan berat 2300 kg. Kereta ini dilengkapi dengan 22" saiz rim roda.

Harap-harap di masa akan datang, akan ada individu-individu atau pihak dari jabatan teknologi dan kreatif dari Malaysia membuat kajian lanjut secara menyeluruh mengenai potensi penggunaan air sebagai bahan api alternatif menggantikan minyak petrol yang semakin mahal pada masa kini.

Sumber Informasi : nanoFlowcell AG

Wallahualam,
Admin

No comments:

Post a Comment