Thursday, October 2, 2014

Proton IRIZ

Semasa melawat Pesta Layang2 kat bandar Bintulu, teman berkesempatan singgah sebentor di booth Proton yang kini sedang buat promo Proton IRIZ. mmm... boleh tahan jugak le model nih teman nengoknyer. So teman kongsi-kongsi le serba sedikit mengenai proton IRIZ ni buat tatapan semua, mana tau ada yang berkenaan nak beli... beli jangan tak beli, bukan duit teman, duit miker... beli jer ler.

So, gambar kat bawah ni contoh yang highest spec, kaler ijo;


Harga jentera ni dalam RM64K (klo lowest spec dalam RM42K ajer), refer kat bawah ni utk senarai harga yang lebih detail;

Untuk Negara... especially Proton, teman tolong bagi Free Advertisement... Kui3...




Untuk detail spec boleh lawati; https://www.betulbetulonz.com.my/
Pandangan dari depan, ganas gak...

Kat bawah ni pula gambo Engine Bay untuk highest spec 1.6 liter, padat der...

Ni plak driver seat area... canggih, moden dan bercirikan futuristik... kusyen kulit plak tuuu...

Seat belakang, agak selesa kepada penumpang di belakang, nok bersila pun boleh... kulit kate ko..

Haaa... luas tak? 'moden and sophisticated'... kate deme ler... teman ngikut je

Gear knob model CVT, kalau nak racing tukar je mode ke manual shift... klo miker tak mahir, tak pyah mimpi la ye, buang karan jer...

Gadjet yang terdiri drpd player, skrin utk video, kamera pandang belakang, GPS

Ok la kalau miker nak tau lebih detail lagi, boleh le pergi sendiri ke cawangan Proton yang terdekat untuk uji pandu atau boleh le layari laman web berikut ;

https://www.betulbetulonz.com.my/

Jangan maraa...
Wassalam...

Ararm

No comments:

Post a Comment