Monday, April 4, 2016

Celica Generasi Ke-2 (トヨタセリカ第二世代)

Generasi kedua (A40 , A50 ; 1977-1981 )

Generasi kedua Celica telah dikeluarkan untuk tahun model 1978 (pengeluaran bermula pada akhir 1977), dan sekali lagi terdapat dua bentuk design iaitu coupe dan liftback. Menariknya, ia direka di Amerika Syarikat oleh "Calty Research Design studio" di California. Model coupe sudah tidak lagi hardtop. Kedua-dua coupe dan liftback mempunyai pintu kaca tanpa bingkai tetapi disokong oleh "B" pillar.


Layout FR (enjin depan, tarik belakang)



Model Liftback
Model Coupe



Bernadikan enjin  20R 2.2 L untuk model Amerika Utara bagi kedua-dua ST dan GT model. Di Jepun dan pasaran negara lain mempunyai enjin 1.6, 1.8 dan 2.0 liter. Generasi baru yang ditawarkan lebih mementingkan keselamatan, kuasa dan bahan api yang ekonomi daripada model sebelumnya. Model kedua ini telah dianugerahkan "Import Car of the Year" Motor Trend untuk 1978. 

Model untuk pasaran Jepun adalah ET, LT, ST, SE, XT, GT, dan GTV. Model GT dan GTV mempunyai enjin 18R-G Twincam . Pada akhir tahun 1978, GTV digantikan oleh GT Rally.




Spesifikasi Detail Engine ;


1588 cc 2T & 2T-G I4

1588 cc 12T I4
1770 cc 3T/13T I4
1968 cc 18R & 18R-G I4 (RA40 & RA45)
1972 cc 21R I4 (RA46)
2189 cc 20R I4 (RA42)
2366 cc 22R I4 (RA43)


Wallahualam,

Admin

No comments:

Post a Comment